Skip to content
Open access

MUSABAQAH TILAWAH AL-QUR’AN (MTQA) DALAM EKOSISTEM INDUSTRI KONTEMPORARI: ANALISIS DINAMIKA KEPERLUAN PANDUAN FATWA

Sep 2026 · Journal of Fatwa Management and Research · 0 citations

Abstract

Tilawah al-Qur’an sejak zaman Rasulullah SAW bukan sekadar ibadah, malah merupakan warisan keagamaan dan keilmuan yang menekankan ketepatan bacaan, keindahan suara serta pemeliharaan adab dan ta’ẓīm terhadap al-Qur’an. Malaysia muncul sebagai antara negara yang menonjol dalam penganjuran Musabaqah Tilawah al-Qur’an Peringkat Antarabangsa (MTQA) sejak tahun 1961. Selain berfungsi sebagai wadah dakwah dan pendidikan al-Qur’an, MTQA turut membentuk citra Malaysia sebagai pusat seni Islam di peringkat global. Namun demikian, isu seperti komersialisasi tilawah, pemeliharaan ta’ẓīm al-Qur’an, perlindungan hak cipta dan pemilikan rakaman bacaan, serta kelangsungan turāth dan pemindahan ilmu dalam era pendigitalan memerlukan penelitian dan bimbingan pihak berautoriti. Kajian ini bertujuan menganalisis peranan pelbagai sektor dalam ekosistem MTQA, mengenal pasti cabaran hukum yang timbul daripada penglibatan tersebut, serta menilai keperluan panduan fatwa bagi menyokong kelestariannya. Kajian menggunakan pendekatan kualitatif kajian kes melalui analisis dokumen dan temu bual separa berstruktur dengan tujuh informan berpengalaman daripada pelbagai sektor yang terlibat dalam ekosistem MTQA dengan menggunakan perisian ATLAS.ti 23. Dapatan kajian menunjukkan bahawa MTQA berkembang daripada pertandingan bacaan kepada ekosistem bersepadu yang melibatkan sektor pendidikan, media, teknologi, agensi kerajaan, sektor swasta dan komuniti. Pada masa yang sama, cabaran normatif dan etika timbul apabila komersialisasi industri mula mempengaruhi ruang integriti dan kemuliaan al-Qur’an. Kajian ini menegaskan keperluan kepada satu kerangka panduan berasaskan fatwa dan maqāṣid al-sharī’ah bagi membimbing penglibatan industri secara beretika dan berteraskan tadbir urus yang jelas. Dengan menganalisis MTQA sebagai wāqi’ kontemporari, kajian ini menyumbang kepada pemeliharaan musabaqah sebagai turāth ilmu, wahana dakwah, warisan budaya, dan identiti Islam di peringkat global.

Read PDF

We use cookies to run the site and, with your consent, for analytics and to show ads. See our Cookie Policy.